Assalamualaikum.. semua.. hari ni aku ada.. satu puisi.. ni adalah puisi yg paling panjang yg pernah aku buat..
Oleh kerana terlalu panjang aku buat dlm bntuk bahagian ada 5 bahagian semuanya..
Part 1 smpai Part 5.. jd sila2 lah menjenguk... entri kali ni... tp.. ni puisi.. yg dh lama aku buat.. x silap masa sem 1 lagi... huhu... sudi2 lah menjenguk.. yup..
(Penting Puisi Dibawah Adalah Satu Puisi Yang Telah Di Bahagikan Kepada 5 bahagian).. hehe.. mcm nk jawab exam plk.. kehkehkeh...(^_^)..
HERE WE GO
Part 1
Aku masih.. menunggu..
Menunggu sesuatu .. sesuatu..
Sesuatu yang aku tahu..
Tidak akan berlaku..
Tetapi siapa aku..
Aku tidak boleh berbicara.. seseatu..
Sesuatu yang hanya..
Tuhan sahaja yang tahu..
Tetapi.. aku masih mengharap..
Mengharap ia berlaku..
Hmm.. jangan terlalu mengharap..
Aku hanya bisa menunggu..
Menunggu.. dan terus menunggu..
Part 2
Cerita ku dan cinta ku
Tidak semudah..
Cerita dan cinta
Kawan-kawan Ku..
Aku berbeza dengan mereka..
Hanya satu yang serupa
Kaum Hawa yang lemah
Hanya mampu menurut
Kata raja
Dari kaum Adam
Aku tahu..
Keturunan Adam dan Hawa sama..
Tetapi kita sama..
Tidak serupa..
Segala Sifat, Peragai..
Cara dan Fizikal..
Terlihat sama
Tetapi masih ada bezanya..
Bezanya hanya diketahui..
Oleh Allah dan diri meraka sendiri
Orang lain tidak akan
Megetahui apakah ia...
Part 3
Di waktu malam..
Aku kesunyian..
Kediginan
Dalam kegelapan..
Tanpa berteman
Aku melihat kawan-kawan ku..
Di kejauhan... walau..
Tidak kelihatan
Di dalam kegelapan..
Aku melihat mereka
Ketawa, tersenyum, dan Bergembira
Aku bisa seperti mereka
tetapi tidak sama..
Apa yang dirasa
Part 4
Aku masih melihat..
Kawan-kawanku..
Mereka dengan mudahnya..
Bisa mencari
Dan Menemui cinta
Cinta! Tidak untukku..
Dan aku tidak memerlukannya..
Yang aku perlu hanya..
Seorang sahabat..
Dari seorang sahabat..
Aku dapat merasakan
Segala-galanya..
Tetapi ada batasnya
Dari Cinta..
Apa yang kita dapat..
Benar kita juga dapat..
Merasakan segala-galanya..
Tetapi tiada batasnya..
Seluruh Masyarakat..
Binasa dan hancur..
Dimana letaknya..
Agama Mereka..
Sekadar dengan kata-kata sahaja..
Mudahnya meraka
Menemui Cinta..
Mudahnya mereka
Melepaskan Cinta..
Part 5
Aku benci dengan cinta..
Ya tidak pernah aku alami..
Aku lbh rela hidup tanpa cinta..
Cukuplah cinta aku perolehi dari keluarga..
Tapi.. Siapa aku..
Aku hanya manusia biasa..
Aku tidak dapat bertahan
hanya denga cinta keluarga..
Benar dengan Cinta keluarga..
Sudah mencukupi bagi aku..
Tetapi.. didalam hatiku..
Masih ada sesuatu..
Yang aku rasa kosong..
Aku tahu apakah itu...
Tetapi.. aku takut untuk megisinya..
Mengisinya dengan satu nama..
Nama itulah yang akan memimpinku..
Kejalan yang benar dan lurus...
Hmm... sudahlah
Terlalu panjang ceritaku..
Untuk disampaikan..
Cukuplah sampai disini..
Akhir kata..
Cinta yang mudah..
Datang dan pergi..
Cinta yang payah
Hadir.. Kekal dihati..
Insya'llah...
.....Sekian Terima Kasih.....
Yang Mencipta..
Puteri Sayap Bidadari a.k.a Sayap Pena...
SAYAP SUFI
Seputih Salju... Selembut Sutera... Seikhlas Hati...